Tuesday, October 27, 2009

Mimpi Yang Jadi Kenyataan

Terdetik dalam fikiranku, “ baru korang tau, ni asyik manja sangat. Sakit sikit dah merungut” sambil senyumku terukir di lubuk hati. Malam menjelma diiringi oleh ombak memukul pantai, aktiviti pertama dimulakan di kem utama iaitu’ ice breaking’. Wah malunya aku nak keluarkan ayat-ayat ku di hadapan kawan-kawan seperkemahan tetapi bak kata pesert AF Nadia “ redah je”. Pada malam itu, Pulau Kapas menjadi riuh dengan gelah ketawa dan sorakan yang masing-masing tidak terasa malam sudah sampai ke muncaknya. Letih di tambah kena ‘sentry’ plak membuatkan aku terasa kem kali ini adalah yang paling mencabar bagi ku.

Malam pertama disudahi dengan seadanya dan pagi hari aktiviti yang lebih mencabar akan ditempuhi. Pada pagi tersebut kami akan akan melakukan aktiviti ‘navigation’ yang adik beradik dengan orienteering. Kumpulan PLK dan PJJ ada enam kumpulan semuanya jadi dua kumpulan akan menjadi satu dimana semuanya ada tiga laluan yang berbeza. Pada aktiviti ini aku dapat merasakan kepayahan seorang peneroka hutan dahulu kerana bentuk muka bumi yang berbukit. Kumpulan kami terpaksa membuat laluan baru kearah puncak bukit kerana laluan yang sedia ada tidak dijumpai. Aku sebagai budak kampung yang sememangnya ada pengalaman tentang hutan ni menganggotai kumpulan yang memastikan kami sampai ke puncak bukit Pulau Kapas. Ku toleh ke bawah dan berkata” yang lain ok tak” untuk pastikan semua anggota kumpulan dalam keadaan baik termasuk seorang pengiring bernama panggilan’boy’. Ku amati setiap riak wajah mereka seolah-olah kepenatan lantas suara ku kedengaran” kita rehat dulu dan sesiapa yang tak da air, ini aku ada bawa lebih”. Begitu lah perjalanan kami pada hari itu yang terpaksa melalui laluan tanah runtuh, bertembung dengan beberapa ekor ular, beberapa ekor biawak serta tidak lupa terhadap keindahan Pulau Kapas yang menggamit jiwa. Begitulah perjalan yang kami tempuhi selama lebih kurang lima jam.

Selesai tugasan tersebut, sekali lagi kumpulan kami akan melakukan aktiviti ‘water confident’. Kumpulan aku dianggotai oleh Haron, Ros dan Umi dimana umi seorang didalam kumpulan yang tidak paidai berenang. Kami di buang ke tengah laut dan berada dalam kumpulan untuk sampai ke patai kembali. Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan setiap peserta bersedia dan belajar sesuatu jika berlaku sesuatu tidak diingini ketika di tengah lautan. “ umi jangan keraskan badan dan cuba relex sikit” pinta ku pada umi yang kelihatan payah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan laut yang belum diketahi isi perutnya. Dalam kumpulan kami, aku bersyukur kerana selamat sampai dan tiada seorang pun yang terkena ‘landak laut’ yang sememangnya terkenal dengan bisanya. Tersimpal dalam ronggan hariku bila ku luhat rakan yang lain terkenak landak laut dan bertuk badan akan kebiru-biruan.

'kringgggggggggggggg' jam berbunyi. Rupa-rupanya itu hanyalah mimpi yang telah menjadi kenyataan di persimpangan kenangan.

2 comments:

  1. H.I.D.U.P. R.I.N.O!!
    H.I.D.U.P. R.I.N.O!!
    H.I.D.U.P. R.I.N.O!!
    H.I.D.U.P. R.I.N.O!!
    H.I.D.U.P. R.I.N.O!!
    H.I.D.U.P. R.I.N.O!!
    H.I.D.U.P. R.I.N.O!!
    H.I.D.U.P. R.I.N.O!!
    H.I.D.U.P. R.I.N.O!!
    H.I.D.U.P. R.I.N.O!!
    H.I.D.U.P. R.I.N.O!!
    H.I.D.U.P. R.I.N.O!!

    ReplyDelete