Monday, October 26, 2009

Jatuh air

Ketika ku baca coretan cik hisyam jatuh kayak bersama oku, teringat aku kepada kejadian di tasik s.alam. Masa itu adalah kali pertama aku menaiki kayak. Indah rupa dari luar, tapi di dalam pedih sangat. Begitulah perumpamaan yang dapat aku gambarkan pada dayungan pertama ku. Pada ketika itu aku berpasangan dengan cik haron dan biar pun susah tetapi ku pendam dalam hati kerana malu dengan orang lama.

"Kiri kanan, kiri kanan" itu ayat aku dengan haron yang tersimpul ketika itu. ayat itu sebenarnya kadang-kadang menjadi kadang tidak. Aku pun hairan juga dengan kayak tersebut, mana tidak nya kayak tujunya buka kedepan tapi kiri kiri lepas itu kanan kanan. Bak kata orang, kita nampak senang dan selalu kutuk orang buat tetapi bila kita buat orang kutuk mula nak marah. Selepas mendapat arahan daripada encik hisyam utuk pergi ke arah masjid, apa lagi aku dengan encik haron pun mula dayung sampai geng yang lain tinggal jauh.

"Wah kita dah jauh tinggalkan yang lain ni" kata ku pada haron yang ketika itu sedang melihat ke arah belakang. belagak la konon aku waktu itu. Nak dijadikan cerita, apabila sampai di selekoh yang menghala ke masjid terjadi sesuatu yang tidak diduga. " cik haron batu" teriak aku pada encik haron. Apalagi secara sempontan atau tindakan reflexnya kami menyenyet ke kiri dan penyudahnya kami jatuh dalam air. Belajar "capesiz" pun belum lagi dan aku cukup berterima kasih kepada jurulatih yang mengiringi kami pada ketika itu. Lama juga kami nak naik balik atas kayak keran cik haron payah nak naik atas kayak kerana berat. Pada ketika itu pada akal ku cuma suruh cik haron pergi ke tebing saja kerana tiga empat kali juga cubaannya nak naik balik atas kayak. Cdan cuba lagi akhirnya dapat juga. " ambik nafas dulu cik" ujar ku pada cik haron. mana tidaknya, aku takut sekali meliat wajah cik haron yang pucat." hoh semput aku" ujar cik haron. Bila kawan-kawan tanya,"kenapa tadi"aku pun jawap" tak da apa, saja nak testing".

Pengalaman tersebut jugalah menjadi pedoman dan pengajaran kepada aku apabila berkayak pula di pulau kapas sewaktu final camp kelas ku. Buat ketika itu, tuhan saja yang tahu keadaan ku dimana terasa sangat penat dan lenguh tangang mendanyung. Minda ku pun berfikir" takkan nak kalah ngan orang lama dan perempuan. malu siat" Ku simpat penat dan ku uraikan semangat untuk sampai ke pantai. Puji tuhan sampai sudah aku.

Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta dan begitulah kehidupan kita. Jika kita tidak kenal sesuatu atau orang lain, kita tidak akan suka tetapi bila kia sudah kenal mula la suka terpatri. perumpamaan itu lah yang menjadi pendorong ku dalam kehidupan ini kerana kita hidup bermasyarakat.

No comments:

Post a Comment