Sunday, December 13, 2009

Hampa

Lepas mesyuarat program yang nak buat di langkawi januari depan, Bos aku ( tuan apai la) ada ajak pergi teman kan beliau, cik sadek dan cik fauzi ke langkawi pada 16 dan 17 ini untuk memantau keaadan di sana sebelum program dilaksanakan. Payah juga la malam itu aku nak lelapkan mata. Mana tidaknya, dah 7 thn aku kan semenanjung ini tanah darah mahsuri belum pun ku jejak. Semua itu penting untuk meningkatkan jati diri dan menerapkan konsep 1Malaysia dimana aku harus peka terhadap bangsa lain.

Bak peribahasa, Ku ingatkan cerah sampai ke petang rupanya hujan di siang hari.
Masa aku kerja jam 1400 hari khamis, aku dapat semboyan untuk temuduga JSJ di IPK K.L pada 17/12/09. Akibat daripada itu, akal fikiranku bertindak balas untuk memberi pembayang dan jawapan berbunyi" kenapa la tarikh yang sama. Rosak program je. Ni yang wat aku bengang. Br je nak luar dari kesibukkan kota ni dan ada penghalang. tapi tak pe la yang ni kan rezeki aku. Kot2 ada ada rencana Tuhan yang telah menuntun jalan ku".

Lepas baca semboyan itu, aku pun dengan kadar segera menghubungi bos(apai) untuk memaklumkan hal tersebut. Bak kata orang"rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari".
Kawan-kawan doakan aku masa temuduga tersebut ye.