Showing posts with label pemancing tegar. Show all posts
Showing posts with label pemancing tegar. Show all posts

Wednesday, September 16, 2009

Perancangan

Target/misi miggu lepas raya:

1. Cari rebung
2. Pancing ikan haruan
3. Pukat ikan lampam jawa
4. Cari buluh untuk buat pansoh
5. Cari pucuk paku-pakis dan pucuk mibin


Senarai diatas adalah perkara yang aku buat jika ada masa terluang dan tempat persembunyian telah dikenal pasti. setelah lama aku tinggal di k.l terfikir diakalku bahawa biar pun pesatnya membangun k.l ni tetapi disebalik itu terselit / tersembunyi keindahan atau keseronokan setelah bosan dengan kesibukkan k.l.

Disini aku dapat simpulkan bahawa jika kita melihat seorang yang bengis dari mata kasar tentu sekali kita akan tafsirkan dan memberi jawapan serta merta tentu sekali orang tersebut adalah garang, jahat dan banyak lagi. Tetapi bila kita selami serta kenali lebih dalam, rapati dan lama tentu jawapan kita berbeza. Mungkin sejahat-jahat orang itu tersembunyi sifat kebaikan atau penyayang dalam dirinya.

Itu lah lumrah dunia, "disebalik kejahatan terselit kebaikan".
Tafsir-tafsirkan dan selamat mencuba.

Friday, September 11, 2009

Ikan haruan

Bagi ahli-ahli pemancing tegar sila dengar pengumuman ini:

Hari ini aku dpt ikan haruan 3 ekor.
Saiz sebesar lengan.
Masa yg diambil cuma 2 jam.
Jalannya kena redah bukit.
Tak perlu bayar.
Berapa jam pun boleh no limit.
Yang paling syok bila layan mesin.
Yang semestinya persekitaran menyegarkan.
Kena pakai seluar panjang kalau tak mesti calar-balar.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi gelanggang lelaki mantap.