Monday, October 26, 2009

Jangan Gelojoh

Orienteering................................
Nama dan aktiviti yang tak akan ku lupakan. Cerita bermula apabila kami membuat amali orienteering di Taman Pertanian Bukit Cahaya pada sebelah pagi. Keadaan hujan renyai-renyai. ketika aku sampai di pintu gerbang taman tersebut, ku lihat ramai lagi kawan sekelas yang belum sampai. Dengan mata tak lelap lagi, ku gagah juga untuk buat amali tersebut. Maklum la, baru abis keja jam 8 pagi.

Seorang demi seorang dilepaskan oleh cik hisyam. Aku yang ke tujuh dilepaskan selepas kak aslina. Dalam fikiranku" bila lagi aku nak joging dan nak kluar peluh"? Biarpun larianku tak sehebat dua tahun dulu tetapi aku buat juga yang terbaik. bermacam-macam startigi bermain difikiran ketika itu. Apabila selepas c.point ketiga, didepan ku lihat tiga kakakku yang berusaha untuk ke c.point yang seterusnya iaitu c.point4.

Nak dijadikan cerita, aku buat statigi yang berkesan ku rasa pada ketika keletihan ketika itu. Dari c.point 5 aku terus ke c.point 8. Tanpan memeriksa nombornya aku terus tekan pada kad aku. setelahsemual c.point aku jumpa, sampai la aku di c.point penamat dan nampaknya aku yang sampai dulu. Semak punya semak rupanya aku terselap di C.point 8 dan secara automatiknya aku tersingkir.

Itulah pengalaman dan pengajaran yang aku pelajari semasa amali orienteering tersebut. Diharap di kemudian hari pengalaman tersebut dapat digunakan dalam apajua aktiviti.

No comments:

Post a Comment