Monday, October 26, 2009

AkuBukanlah Superman

Apalah aku ini. Nak jadi superman lain pulak jadinya. Nampak macam suparmantelo ada la. Ini "flyingfox" punya pasal la. Tak baik pulak salahkan benda tersebut. Aku yang bengap kot tapi kalau bengap tak la aku uitm.

Cerita bermula apabila aku bersama rakan sekelas dibantu oleh geng degre untuk buat aktiviti macam superman atau orang terbang. Aktivi tersebut belum pernah aku buat tapi kalau bergayut macam monyat ada la masa kecik-kecik dulu. Kat kampung siapa tak kenal aku yang sememangnya handal dalam bab atas pokok ni. Tapi peribahsa berbunyi, malang tidak berbau bagi sang tupai yang sepandai-pandai sejenisnya jatuh juga ke tanah. Kalau nak bukti si sang tupai punyai akibat, lihat pada daguku. Ha itu la kenangan dari zaman kanak-kanakku.

Jauh pulak cerita aku ni melencong. Mana taknya ni da kul berapa tak tidur lagi. Terima kasih la pada geng-geng degre kerena telah menyediakan peralatan untuk aktiviti tersebut. Setelah tungkus lumus sama-sama berganding bahu yang diimpikan pun beres. Bak kata ming-ming"apa yang penting? kerja sama". Persatuan ibi-ibu diberi penghormatan untuk melakkan aktiviti tersebut sebagai acara pembukaan untuk menguji ketahanan mental.

Sampai giliranku pun tiba." Alamak tak jadi la " terlintas dalam kepala otakku. Tah macam mana boleh tersilap sedangkan waktu testing ok je. Tapi tak apa kerana sekurang-kurangnya berani mencuba benda yang lain sikit.

Sampai tahap ini, setiap aktiviti yang aku lakukan mesti ada kesilapan. setelah aku amati dan renungkan baruku tahu ini lah perjalanan yang aku harus tempuhi kerana jauh lagi perjalanan dan kurang lagi pengalaman. Almaklumlah darah muda lagi dan diharap orang lama beri aku ruang untuk belajar erti kehidupan.

No comments:

Post a Comment