Wednesday, September 16, 2009

Kenangan Hari Raya Aidilfitri

Bunga api, ketupat, lemang, rendang dan banyak lagi telah sangkut kat pukat/jaring otak sebelah kiriku. Kukenang kembali memori pertama 2003 sewaktu menyambut hari raya di rumah keluarga angkat di chemor perak. Bila lagu raya bergemang di radio, teringat keluarga angkat kat chemor. 2009 ni sudah 3 tahun aku tak balik dan ibu angkat.
Apabila dapat arahan pertukaran 2007 dari n.9 ke k.l sehingga sekarang aku tidak lagi biberi peluang untuk merasakan suasana hari raya kerana akan bekerja 24 selama 3 atau 4 hari atas sebab kekurangan anggota. Nak rasa rendang kat tempat bertugas pun, tak ada sesiapa yang sudi hantar makanan sewaktu bertugas. Berbeza sewaktu bertugas di n.9, pagi hari raya mesti ada anggota atau bos yang bagi ketupat, rendang atau daging salai masak lemak cili api.
Pada tahun ini, sudah ada 2 insan yang rapat dengan ku menjemput aku ke rumah mereka untuk merasa suasana hari raya pada lembaran ini. Disebalik itu, aku tunggu 1 lagi jemputan dari 1 insan yang rapat dengan ku. Tapi kalau nak jemput pun diarlah kat kawasan lembah klang. Kalau luar kawasan susah la nak menjawap nanti.
Oleh demikian, aku ingin mengambil kesempatan menyucapkan selamat dari semua segi serta pergi, balik dan semasa hari raya kepada semua kawan, sahabat, kenalan, yang mengenali tapi tak tahu nama dan kenal nama tak kenal muka. Maaf zahir sahaja tak termasuk batin k. heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......................................................

5 comments:

  1. Nong,
    Janganlah sedih. Kalau rumah mak angkat tak leh nak pi, lu datanglah ke rumah wa, wa pun boleh jadi kategori apa2..angkat. Malam raya lu datang rumah wa kat selayang. makan ketupat, lemang, rendang daging/ayam. Wa buat special resipi untuk lu dari pulau Kpas...yang merangkak kat dapur camp kita pun ada. datang jgn tak datang. Tunggu lu punya call. Selamat Layeng bro.

    ReplyDelete
  2. 2 la kan aku ada bgtau 2 insan 2 termasuk bai ngan apai. tgu wan lg ni. sti g nya tp pas keja kot.

    ReplyDelete
  3. yela yela.. datang la umah aku kat terengganu ye.. aku tunggu gak ko datang.. tak kira...

    ReplyDelete